About Me

My photo
Bismillah. Ordinary man, I am. Selalu MENGHARAP agar diri ini sentiasa mendapat kefahaman yang lebih dalam semua perkara, as only by that I could increase my level of Iman. Selalu MENGHARAP untuk menjadi "a man of His and his words", whatever I said, is what He said and what I'll do. Never lose hope. Keep on HOPING.

Tuesday, November 23, 2010

"You are a Muslim?"

Assalamualaikum,

It'd been so long since I last posted my last entry.
When was it? Nah, as if I care.

Anyway, here you go. A new post.

Ah,for this post, I think I am going to write it fully in English.
So please bear with me if there's any grammatical/(or anything like that)
error/s. So long as everyone can understand what I'm trying to say,
then I think it is ok~

Muqaddimah

Yeah, you've read the title, so what about it?

What I'm trying to say is, everyone of us
had at least once said that we're a muslim.
(I don't know if there's any non-muslim that's
interested to read my blog).

You're saying that you're a muslim all the time

What? Don't you believe me? Ok then, let us check it together.

How many times do we perform the obligatory pray a day?

5 times right? 2 rakaah for Subh, 4 rakaah for Dhuhr, 4 rakaah for 'Asr
3 rakaah for Maghrib, and another 4 rakaah for Isya'.

So from all those, how many times of tasyahhud had we recite?

Once during Subh, and twice for every other time making altogether; 9 times a day.

Ok,ok,ok! Enough with that Ibnuroslee, we know that
we said we're muslims. So? What's your point?


If you said you are a Muslim, then act like one!

My main point here is about our act.

Did you ever know that your behavior are being judged by the others?

Yep! The people out there, they are judging your behavior.

The law of their judgement are very simple; when you'd done something
good, you're praised for your own good.

"Very nice Mr.X, you're so kind. May I know your parents name?
They'd raise such a lovely children".
Said an old woman when you helped them.

But,

When you'd done something bad,

"See that Mr.X? He is the one that being rude to me last time.
I think that kind of behavior is what he'd been taught at _____".

[Fill in the blank with any Islamic school that you know]
Whispered Old Woman 1 to Old Woman 2.

What is your religion again?

ISLAM!.

Yup, it's not just your name that being condemned, but also
your religion!


I know it's pathetic, but that's the truth.

Do you want to be the reason why people are running away from the religion?

Now let us look back at what we'd done;

1.Wearing improper attire.[too tight, exposing your 'aurah, attracting the
opposite sex to look at you (actually there are more example under this point
but I'm too lazy to point out all of it)].

2.Improper way of speaking.[swearing, being sarcastic to people you're not used too (eg; lecturers, cleaners, Mak Cik Cafe)]

To list, just a few..

Once again, please ask yourself, do you want to be the reason, why people
are running away from the religion?!

Some people said, "Why should you bother with what I'm doing?
It's my life and my style. As long as I don't disturb others then it's ok!".

The heck?!

I don't care when people are condemning you for the wrong thing
you are doing.

But,

I do care when people are slandering your Deen, which is also
my Deen just because of your wrongdoing.


My last word: Common Sense
(Okay, it's 2 words)

Our Deen is not based on just mere common sense.

It's built upon Al-Quran and As-Sunnah.

So, please my dear friends, think twice before you're about
to do something. Check whether it is against the Syariah or not.

[Oh my God! What a lame ending for this post. I'm sorry. Can't think
of a better ending :( ]

Wallahua'lam.

Thursday, September 16, 2010

Pernahkah kita terfikir?

Tiba-tiba kepala rasa berat, sendi-sendi rase sakit,mata asyik
berair, hidung asyik "menangis", suhu badan naik...CONFIRM! aku
demam nih!

Muqaddimah:Sikap kita

Adakah anda perasan, setiap kali kita rasa sakit, we
tend to show to others that right now we are suffering from
something.

Tapi, pernahkah kita terfikir, sakit itu dari siapa?

Herm..

Dari siapa?

Jiran aku kot...dia bersin-bersin tadi..tuh yang jangkit kat aku..


Or...

Kawan aku kot?Tadi die ade cakap yang die rase macam nak demam


The reality?

So, the reality is, dari mane penyakit semua nih datang?

Tiada sesuatupun bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya
(Al-Hadid:22)

Owh..okay, it came from Allah.

So? Ibnuroslee, what's the point that you're trying to say here?

Okay,lets reflect ourselves;

Kenapa bila kita sakit,kita selalu buat muka monyok, kadang-kadang macam
letih lebih-lebih, something like kite nak bagitau semua orang yang
kita tengah sakit?.

Aku tengah pening nih (grumbling). Jangan kacau aku boleh tak..(sambung tido)


Tapi, berapa ramai dari kita yang bila sihat, akan cakap kat orang lain yang kite tengah sihat?

Woohoooo!!.Alhamdulillah, hari ni Allah bagi aku sihat beb!!!


Berapa ramai?

Sedangkan for both situations, Sihat dan Sakit kita adalah dari Allah.
Tapi sikap kita, macam nak bagitau kat orang lain yang Allah hanya
pernah bagi kita kesusahan sahaja, sedangkan waktu kita sihat itu jauh
lebih panjang dari waktu kita sakit.

Renung-renungkan~
(Actually this entry should be longer, but I think it's
enough for now. I'll edit it later [kalau rajin] heh.)

Wallahua'lam.

Sunday, July 25, 2010

Percaya

Assalamu'alaikum,

A short post.

How can you trust people, when they are actually
a race that is proven; love to betray.(?)

How can you trust others, when you know that in
everyone's heart, there is 'nafs' that will always try
to bring them away from the right path.(?)

As for me,

I'd never believe them, at first.

"Saya hanya percaya, dengan meletakkan kepercayaan
saya yang tertinggi hanya pada Allah s.w.t.,
barulah saya dapat mempercayai manusia."

"Jika saya dikhianati, saya tidak akan menyesal,
kerana Allah tidak mungkin akan mengkhianati saya."

Wallahua'lam.

*I'm not sure what kind of post is this.

Tuesday, May 25, 2010

Contoh surat untuk diberikan kepada ibu dan ayah nak mintak kahwin awal.

PENTING! Firstly this entry wasn't written by me.
I just copied it from Facebook. But it is kind of
interesting point of view and way of thinking.
So..just enjoy reading it, and take the good things
that are there in the text.[the text is VEEERY long,
so don't stop halfway while reading it]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Ajib pun tak berapa jelas mengapa ajib nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ajib tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ajib selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang ajib tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, ajib sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila ajib cakap macam nie. Ajib bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Ajib nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, ajib akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, ajib rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

Ajib bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi ajib nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti ajib, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, ajib takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi ajib green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Ajib lebih suka calon tu ajib yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk ajib.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti. Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau ajib telefon dia, ajib dapat pahala, ajib rindu kat dia, ajib dapat pahala, ajib bagi hadiah kat dia, ajib dapat pahala malahan kalau ajib keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, ajib nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan ajib masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka ana akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib ajib bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka ajib akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum ajib nak nikah, ajib akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri ajib. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak ajib tangguh dulu. Apa-apa pun, ajib tegaskan sekali lagi, ajib nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

Ajib tengok semua abang ajib nikah awal dalam umur 22 tahun. Ajib cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu ajib tua nanti, ajib tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak ajib nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Ajib juga harap, anak-anak ajib nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Ajib tak nak ajib akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

Ajib sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan ajib dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Usu Mol, sebab ajib tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu ajib ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Ajib nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi ajib, kalau ajib membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab ajib pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja ajib membicarakan hal nikah ni ketika mana ajib baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, ajib dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat ajib ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ajib tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang ajib katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg jul dan abg didi, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan ajib ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, ajib akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan ajib di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Labuan.


Puteramu,
Ajib

--------------------------------------------------------------------------------
Some of the content of this entry are still doubtful (for example,
age of Aisyah r.ha when Prophet Muhammad s.a.w. marrying her). But,
not to deny there are still some good advices and moral values
that we can take.

Monday, May 10, 2010

Penyakit.

Assalamualaikum.

Herm, lately I noticed that I've been infected by such a
dangerous 'virus'. The symptoms are;

-My intelligence seems like downgrading,
-My reactions became slower,
-Feeling sleepy all the time,
-Having this urging feeling of 'want to stick to the laptop',
-Increasing body weight,
-Feeling lazy,
-'I-want-to-eat-all-the-time' symptom,
-The feeling of my Iman is lowering down.

Herm, after doing some check up, which only took several seconds,
I've identified the 'virus', and the 'virus' is; static.

Well, actually it's a virus caused by a super-long-not-well-planned-holiday.

So my friends, if you're having the same symptoms (3 or more) like I'd right now,
DO take some proactive actions.

Take some notes, you can still sharpen your brain even while you're
in front of your computer, just make full use of Wikipedia. I bet you have
just thousands of things that you don't know (and forget) about those
things in Physiology, Biochemistry, and Anatomy, and I swear, using the
Wikipedia is hell lot easier than reading those Vanders, Marks', and Gray's.
At least when we're in 2nd year, we don't have to revise everything all again.

Next, why don't you start memorizing those Surah(s) that we're supposed
to memorize for the next semester? Don't know where to start? I'll say,
maybe from Surah Al-Qiyamah (as it is one of the easiest)? You choose.

What else? Herm, the list will just go on forever, but the simple rule
is,just make it worth your time and could benefit your future (I don't
think watching those Korean dramas, dancing, gags, etc. will give you a better
future?). Don't bash me if I'm wrong (IF ONLY I'm wrong).

Penutup: My main point is..

"Pemuda itu ibarat air, dan demi Allah, air jika dibiarkan ia
tidak bergerak; statik, nescaya ia akan rosak (berkeladak, kuman terkumpul etc.)"

Whatever it is, this post is actually for myself. But, if you think
that you can get something from this post, then DO THINK.

Friday, May 7, 2010

Ujian.

Assalamualaikum.
Herm, eventhough ramai yang dah post berkenaan dengan topik nih;
ujian, tapi apa salahnya kalau kita renung-renungkan kembali.

My reality

Ibnuroslee, kau banyak sangat dosa tu, hati hitam legam.
Sebab tu kau rasa macam banyak sangat ujian yang kau hadapi.


Ujian daripada Allah S.W.T ini meliputi seluruh hamba-Nya yang taat mahupun yang derhaka. Malah ujian bagi hamba-hamba-Nya yang taat adalah lebih hebat berbanding dengan mereka yang engkar. Rasulullah s.a.w pernah di tanya:

Ya Rasulullah, siapakah yang paling keras mendapatkan ujian?

Baginda menjawab: Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)

Subhanallah!

Begitu Maha Penyayangnya Allah, Dia tidak mahu kita datang bertemu Dia
dengan sebarang dosa pun, agar terselamatlah kita dari seksa-Nya
dan termasuklah kita dari kalangan mereka yang mendapat rahmat-Nya.

But, have we try our best?

Firman Allah S.W.T.:

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) – al-Mulk (67) : 2


What should we do when we are facing all the hardships?

Well my friends, whatever it is, segala ujian daripada Allah S.W.T ini haruslah kita tempuhi dengan penuh kesabaran agar ianya dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya.

Firman Allah S.W.T.:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perang), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). - a~li `Imran (3) : 200

Tengok ayat di atas?

Dua kali Allah menyuruh kita bersabar.

Penutup: All the talks...

Alaaa Ibnuroslee, cakap sabar memang senang, tapi nak amalkan tuh,
pergh, susah~~~.


Herm what should I say?

Jalan ke Neraka dipagari dengan perkara yang disukai nafsu kita,

Jalan ke Syurga dipagari dengan perkara yang tidak disukai nafsu kita,

Life is never easy,

But the price of Jannah is not cheap. It requires perseverance(yeah!) my friends.

So, are we strong enough?

InsyaAllah, I believe we are.

Thursday, May 6, 2010

Selalu Berdoa?

Herm. Once again, this article is actually directly copied
from the langitilahi's website. Because, I know there are still
some of you out there that didn't even opened the blogs
that I've recommended last time.So please take as much knowledge
as you can from this post. Very,very,very meaningful

Selalu berdoa?

Kita selalu berdoa. Semestinya. Secara langsung baik seperti selepas solat atau sebelum makan, atau pun secara tidak langsung seperti meminta di dalam hati dalam keadaan kesusahan. Doa adalah dituntut, kerana ALLAH sendiri mengarahkan kita berdoa dan berjanji akan memperkenankannya.

“ Dan berkata RABB kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan!” Surah Al-Mu’min ayat 60.


Pernah kah anda berdoa dan ALLAH makbulkan doa anda secara langsung, bukan anda minta terus dapat, tetapi maksud saya anda nampak doa anda itu dimakbulkan? Malah bukan sekali dua, tetapi berturut-turut. Anda minta berjaya dalam exam, ALLAH bagi. Anda minta kaya, ALLAH beri.

Anda rasa doa anda makbul bukan? Secara tak langsung, anda rasa gembira. “ Pergh, ALLAH makbulkan doa aku seh”

Tapi, tahukah, kemungkinan, apa yang anda dapat itu, bukannya datang daripada doa kamu. Kerana doa kamu tidak makbul sebenarnya.

Pernah dalam kehidupan saya, saya berdoa, meminta kepada ALLAH dan saya sering nampak doa saya dimakbulkan oleh ALLAH SWT.

Saya pernah, dalam keadaan tersepit ketika PMR, dalam keadaan sedikit masa untuk studi dan dalam keadaan saya melakukan banyak kesilapan dalam menjawab peperiksaan, maka saya meminta kepada ALLAH agar saya diberikan keputusan 9A.

Akhirnya saya dapat 9A.

Sewaktu SPM, saya sekali dalam kesempitan. Saya berdoa kepada ALLAH, agar jangan berikan saya keputusan yang teruk.

Akhirnya, saya mendapat keputusan yang tidak cemerlang, tetapi tidak pula terlalu teruk. Malah, saya punya keputusan dalam mata pelajaran sains yang sebelumnya saya amat teruk, telah meningkat dalam SPM. Ada pelajaran yang saya langsung tak pernah lulus, tetapi dalam SPM saya dapat C5.

Saya rasa suka. Saya rasa puas hati. Banyak lagi benda, saya minta kepada ALLAH dan ALLAH bagi. Siapa yang tidak suka? Siapa yang tak rasa istimewa? Saya macam lemas dalam kehebatan saya sendiri ketika itu.

Akhirnya, pada satu hari, saya mendapat satu mesej berbentuk cerita daripada seorang yang saya tidak kenal.

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan ALLAH SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, ALLAH mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, ALLAH beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“ Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan ALLAH ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya ALLAH, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Saya, terasa sungguh bila membaca mesej daripada orang yang tidak saya ketahui itu.

Oh. Saya mula terasa saya adalah Si Abang.

Mungkin, bukan doa saya yang makbul. Tetapi doa Ibu Bapa saya yang makbul. Saya mendapat mesej itu selepas mendapat keputusan SPM. Semenjak itu, saya sering berusaha meminta doa daripada orang lain. Paling kurang, apabila saya berdoa, saya akan minta sahabat saya aminkan. Sebab, saya benar-benar terasa bahawa doa orang macam saya, tidak cukup untuk ALLAH makbulkan.

Sebab itu, saya sering meminta pembaca-pembaca menembak doa kepada saya. Sebab itu saya sering menulis, ‘Semoga ALLAH redha dengan kita…’, moga-moga ada pembaca saya yang soleh mengaminkannya dan doanya diterima.

Bila saya berjalan jauh sampai ke Jordan, saya nampak bahawa, perasaan rendah diri ini sememangnya perlu wujud dalam diri. Hal ini kerana, ketika peristiwa Palestin diserang Israel awal tahun 2009, Imam di Masjid Universiti sering mengulang doa ini:

“ Ya ALLAH, kalau KAU tolak doa kami, maka KAU terimalah doa orang-orang soleh dari kalangan kami”

MasyaALLAH, imam masjid besar di Irbid, seorang yang tekenal rendah diri dan soleh, pun merasakan doanya tidak layak dimakbulkan ALLAH. Tetapi kita, kadang-kadang, bila melihat doa kita makbul, jangan kata kita nak kembalikan keberjayaan makbul doa itu kepada ALLAH, malah kita rasa berbangga pula, seakan-akan kita rasa kita ini seorang dari wali-wali ALLAH.

Ya, ALLAH berjanji untuk memakbulkan doa.

" Dan berkata RABB kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan!” Surah Al-Mu’min ayat 60.

“ Dan jika hambaKu bertanya kepadamu(wahai Muhammad) tentang AKU, sesunggunya AKU amat dekat…” Surah Al-Baqarah 187.

Kita kena yakin sentiasa bahawa ALLAH akan makbulkan doa kita.

Tetapi, kita tidak boleh mengangkat diri kita dengan menyatakan bahawa ALLAH memakbulkan doa kita kerana kebagusan kita. Sebab itu, apabila berdoa, kita perlu berdoa dengan rendah diri. Jangan rasa kita hebat hanya kerana doa kita dimakbulkan. Malah, kalau kita perasan doa kita dimakbulkan, perlulah kita pulangkan segala kehebatan kepada ALLAH SWT.

Sesungguhnya, ALLAH itu memberikan rezeki dan pertolongan, kepada sesiapa yang DIA mahu.

Saturday, May 1, 2010

Please have a look...

Assalamu'alaikum.

Post kali nih hanya untuk mengajak sape-sape yang terbaca
my blog, to bookmark these two great blogs.

langitilahi.com

saifulislam.com

For those yang memang selalu mengikuti blog-blog nih, syabas
saya ucapkan. Tapi sape yang tak pernah tengok lagi..Give it a shot.
U'll never regret it, insya-Allah.

Banyak sangat input menarik dari dua blog tu yang kalau boleh saya nak
copy and paste je ke blog saya, tapi kalau selalu sangat, macam
malu la pulak.

So, sila-silalah mencuba.

Saturday, April 10, 2010

Kamu ini, mengambil teguran itu bagaimana ha?

Perkongsian: Kamu ini, mengambil teguran itu bagaimana ha?
Apr 6th, 2010

Bila satu teguran keluar, akan ada tiga jenis kumpulan.

Pertama, kumpulan yang akan menerima teguran itu. Kalau mereka berada bukan di tempat pesalah pun, mereka akan mendengar teguran itu dan mengambil khasiatnya.

Kedua, kumpulan yang tak kisah langsung. Macam tak dapat teguran sahaja gayanya. Dia tak peduli pun teguran-teguran ini.

Ketiga, kumpulan yang akan membaling teguran tu ke arah lain dan menyalahkan si penegur pula. Contoh, teguran diberikan kepada pengawas, kemudian pengawas berkata: “Ala, pelajar biasa tu lagi teruk. Kenapa tak tegur mereka dahulu?”

Saya sekarang ini fokus kepada kumpulan ketiga.

Kamu ini, mengambil teguran itu bagaimana ha?


Peringatan itu baik untuk orang mu’min

Allah SWT menggesa orang-orang yang beriman untuk sentiasa menyebarkan peringatan. Tidak kira dalam bentuk apa sekali pun selagi mana caranya masih berada di dalam lingkungan syara’.

Allah SWT berfirman: “Dan berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang yang beriman” Surah Adz-Dzariyat ayat 55.

Maka sebagai orang yang beriman, sepatutnya dia terbuka dengan teguran. Memandang kepada teguran itu sebagai satu penambah baikan untuk dirinya. Walaupun teguran itu mungkin bukan menuju kepada dirinya. Tambah pula kalau tepat menuju kepada dirinya.

Jika kita orang yang beriman, setiap teguran pasti mempunyai manfaatnya.

Bila teguran datang…

Bila teguran datang, muncul menyentuh diri kita, maka hendaklah kita bertenang dan melihat teguran itu. Memandang teguran itu pertama sekali pada diri kita. Apakah benar teguran yang dilontarkan? Jika benar bagaimanakah yang sepatutnya kita lakukan? Buat bodoh? Nak terasa? Atau menerima teguran dengan rendah hati dan bergerak melakukan perubahan?

Kita memilih untuk membuktikan keimanan kita. Jika kita beriman, teguran itu akan menjadi satu manfaat kepada kita.

Kalau teguran itu bukan untuk kita, tidak terkena pun pada kita, orang yang tegur tu salah ‘parking’ pula tegurannya pada kita. Maka apakah yang patut kita lakukan? Adakah buat bodoh? Melenting? Hentam-hentam penegur? Atau kita akan mengambil manfaat daripada teguran yang silap ‘parking’ itu?

Kita memilih untuk membuktikan keimanan kita. Jika kita beriman, maka teguran itu walaupun salah ‘parking’, ia semestinya masih memberikan manfaat kepada kita.

Percayalah, Allah tak akan biar si penegur itu salah ‘parking’ tegurannya pada kita sia-sia sahaja. Mesti ada hikmahnya yang mendalam.

Kenapa kamu lontar teguran itu pada arah lain?

Kes 1: Isu Niqab.

Saya pernah menulis isu Niqab di dalam website ini. Dan komennya sangatlah banyak. Dan tak kurang juga pemakai-pemakai niqab yang memarahi saya kerana saya dikatakan anti-Niqab, tak tahu perasaan orang yang pakai Niqab, dan hanya tahu nak tegur orang berniqab sahaja.

Jadi adalah antara komen-komennya berbunyi: “Orang lain ada yang tak pakai tudung pun. Tegurlah diorang tu dulu. Tu lagi besar”

Saya tersengih sahaja dengan jawapan sebegitu. Ya, lontarkan teguran kepada yang lain. Itulah yang kita buat bila ada teguran datang menyentuh kita, dalam keadaan kita rasa diri kita ‘lebih bagus’ dari orang lain.

Persoalan pertama, apakah saya tidak menegur yang tak tutup aurat? Saya tegur. Jadi apa salahnya saya nak tegur pemakai Niqab juga? Persoalan kedua, kenapa saya tegur pemakai niqab? Jawapannya mudah: Pemakai Niqab adalah ikon kepada masyarakat dalam hal menutup aurat, bahkan boleh menjadi ‘penarik’ kepada orang yang tutup aurat mula menutup aurat.

Tetapi kalau pemakai niqab rosak, maka ia akan bertukar menjadi ‘penghadang’ kepada mereka yang hendak menutup aurat. Mereka akan kata begini: “Ala, yang pakai niqab pun perangai gedik aja” Nampak?

Sebab itu, bila teguran sampai kepada pemakai Niqab, kenapa dilontarkan pula teguran itu pada yang tidak tutup aurat langsung? Yang tidak tutup aurat itu ada la tegurannya untuk mereka. Teguran untuk pemakai niqab memang untuk pemakai niqab sahaja. Tidakkah kamu mampu mengambil manfaat dari teguran itu?

Kes 2: Isu Bapa tak adil.

Saya pernah menulis cerpen Arnav dan Agoni yang mengisahkan sikap buruk seorang Bapa yang menyebabkan anaknya terseksa dengan teruk sekali dari segi mental dan jiwa.

Ini hakikatnya adalah teguran halus saya kepada bapa-bapa agar tidak hanya pandai berselindung di sebalik autoriti yang Allah berikan kepada mereka. Ia adalah peringatan, mengingatkan bapa-bapa bahawa mereka juga akan dihitung atas perbuatan mereka. Mereka tidak suci. Perbuatan mereka juga dihitung.

Tetapi bila saya menulis cerita ini, ada la beberapa suara berkata kepada saya: “Si anaklah sebenarnya yang patut begini, si anaklah yang sepatutnya begitu”

Saya tak nafikan Si Anak sepatutnya buat begini dan begitu itu sebagaimana yang suara-suara itu suarakan. Tetapi tidakkah orang melihat saya sedang menulis untuk ditujukan kepada siapa?

Kepada bapa. Justeru, kenapa hendak dibaling teguran itu kepada anak? Adakah saya tidak pernah menegur anak-anak? Kenapa mesti ada suara yang melontarkan, mengarahkan teguran itu ke arah yang lain pula?

Hairan. Lainlah penulisan itu tajuknya ‘Anak Derhaka’ tapi yang saya tegur adalah bapanya.

Dan orang berkata kepada saya, kenapa beri teguran kepada kaum Bapa?

Mudah. Bapa adalah guru pertama di dunia ini kepada anak-anak. Seorang bapa perlu tahu bahawa autoriti yang Allah berikan kepadanya bukanlah untuk digunakan atas nafsu amarah. Dalam mendidik anak ada seninya. Dan seorang bapa perlu faham bahawa dia akan dipertanggungjawabkan atas apa-apa yang dia lakukan kepada anak-anaknya di akhirat kelak. Bapa perlu sedar bahawa kesilapan mereka dalam membesarkan anak-anak mereka, membuatkan mereka mempunyai ‘saham’ atas keterpesongan, kerosakan, kehancuran anak-anak mereka di masa hadapan.

Dua ini hanya contoh. Ditambah dengan satu contoh umum macam di permulaan tadi: Guru menegur pengawas, kemudian pengawas menjawab: “Ala, budak biasa tu lagi teruk. Kenapa tegur kami? Tegurlah mereka”

Iya. Apa salahnya kamu yang nampak lebih bagus itu ditegur. Peniqab ikon kepada yang tidak tutup aurat. Bapa adalah ikon kepada anak-anak. Pengawas adalah ikon kepada pelajar biasa. Kenapa pula kamu sebagai ikon tidak boleh menerima teguran, sedangkan Allah juga menegur Rasul dan Nabi yang menjadi ikon, qudwah kepada ummat? Kenapa Allah menegur Rasul dan Nabi-Nya? Kerana Allah nak ummat mencontohi mereka dengan sebaiknya.

Tiga situasi ini, boleh mewakili banyak situasi dalam kehidupan kita.

Kalau kita hanya pandai membaling teguran yang diberikan kepada kita ke arah orang lain, bagaimana agaknya kita mengambil pengajaran dengan efektif?

Penutup: Kita terbuka dengan teguran. Kalau bukan, rilek-rilek sudeh

Bila orang menegur, kita lihat dulu tegurannya. Memang bukan semua teguran kita terima. Tapi tak perlu kita bising pun kalau tegura itu bukan patutnya diberikan pada kita. Mungkin kalau kita ni ditegur jangan mencuri sedangkan kita tidak mencuri, dan teguran sebagai pencuri itu boleh menjatuhkan maruah kita, bolehlah kita bangun dan berkata: “Enta dah silap ni kut, ana tak mencuri. Tapi teguran enta tu baguslah”

Apa salahnya? Tapi kalau tak bersangkut paut dengan maruah, kalau tersilap pun apa kurangnya kita diamkan dan mengambil manfaat?

Tambahan kalau teguran itu memang kena pada batang hidung kita.

Kenapa pula hendak menghalakan teguran itu, membaling teguran itu pada orang lain pula?

Bagaimana agaknya kita hendak mengambil pengajaran?
-----------------------------------------------------------------------
directly copied from this link;
http://ms.langitilahi.com/perkongsian-kamu-ini-mengambil-teguran-itu-bagaimana-ha/

Saturday, April 3, 2010

Gambar Wanita

PENTING!
Post kali ini memang agak panjang (sangat panjang), oleh itu sebelum anda memberi sebarang komen tentang post saya kali ini, pastikan anda telah membaca dan cuba memahami KESELURUHAN post ini terlebih dahulu. Jangan hanya sekadar skimming and read through.

Sebenarnya post kali ini lebih kepada bersifat pencerahan dan penerangan
tentang cara saya berfikir, spesifiknya berkenaan "Gambar Wanita".

Saya kini risau dengan trend kamera zaman sekarang. Kini hampir semua orang mempunyai kamera sendiri. Yang terbaru, trend kamera DSLR.

Saya lihat, apabila seseorang itu memiliki kamera DSLR, ia bagaikan satu lesen besar kepada mereka untuk menangkap gambar apa dan siapa sahaja yang mereka mahu; sesiapa = lelaki mahupun perempuan.

Keadaan ini merisaukan saya.

Tetapi situasi ini diburukkan lagi dengan kesanggupan para wanita yang merelakan gambar mereka untuk diambil oleh those men with DSLR. Berposing dan bergaya sakan. Walaupun begitu, saya tidak mengatakan keadaan ini secara pukul rata. Ramai juga wanita yang gambar mereka diambil secara curi-curi, dan dalam keadaan ini saya tidak menyalahkan mereka.

Muqaddimah

Mengapa tiba-tiba saya nak tulis pasal tajuk ni?


Saya tergerak untuk menulis tentang tajuk ni kerana saya dah tak mampu lagi untuk
hanya mendiamkan diri dan memendam tentang cara pemikiran saya tentang isu ini.

Jadi, dalam menyampaikan pandangan saya tentang isu ini, saya terlebih dahulu akan
membicarakan tentang hal ini berdasarkan dua aspek;

1.Hujah 'Aqli.
2.Hujah Naqli.

Kenapa saya tidak memulakan perbincangan ni dengan hujah naqli terlebih dahulu?
Saya tahu, sebagai seorang muslim, etika utama kita dalam membincangkan atau
membahaskan tentang sesuatu perkara sepatutnya dimulakan dengan hujah-hujah naqli.

Tetapi di sini saya sedaya upaya untuk membincangkan perkara ini dari satu sudut
yang tidak kurang pentingnya; Da'wah.

Sesetengah orang akan mudah lari apabila kita terus meng'attack' mereka dengan
ayat-ayat Al-Quran dan juga Hadis. Oleh itu, adalah lebih mudah untuk seseorang
itu untuk menerima apa yang cuba kita sampaikan jika ianya sesuatu yang boleh
diterima akal mereka.



1. Hujah 'Aqli

Cuba anda bayangkan situasi ini:

"Anda adalah lelaki yang telah berkahwin dengan seorang wanita yang merupakan pilihan hati anda. Tapi, pada suatu hari anda mendapati yang rupanya
ramai lelaki yang telah melihat kecantikan isteri anda yang sebenarnya adalah
milik mutlak anda, yakni suaminya."


That's one very simple example. But then, have you ever really thought about it?
Let us see another example:

"Sebagai seorang bapa, antara tugas anda adalah untuk menjaga dengan sebaiknya
kehormatan setiap ahli keluarga anda. Anda telah berusaha sebaik mungkin dengan
cuba untuk menjadikan anak-anak perempuan anda menjadi seorang yang 'tuli', 'bisu',
'pekak', 'buta' dan terpelihara bagaikan mutiara yang tersimpan berpuluh-puluh
tahun di dalam mulut tiram, agar kecantikan dan kehormatan anak anda terpelihara.
Tetapi semua usaha anda itu bagaikan sia-sia apabila anda mendapati rakan-rakan anak anda baik lelaki mahupun perempuan dengan sewenang-wenangnya menangkap gambar anak anda dan menyiarkannya untuk tontonan orang ramai tanpa ada sebab yang perlu”


After you have read both situations, cuba letakkan diri anda di tempat Sang Suami dan Si Ayah.
Get my point? Hati kita pasti tidak akan selesa.

Kita tidak kisah jika yang melihat gambar itu hanya rakan wanita mereka; hanya untuk suka-suka dan bergembira kata mereka.

Kita tidak risau jika yang melihat itu adalah dari kalangan lelaki yang tahu, faham dan mengamalkan Islam dengan baik; mereka hanya tertengok dan terpandang gambar itu.

Tetapi yang sangat merisaukan kita ialah jika yang melihat gambar itu ialah lelaki-lelaki yang mempunyai penyakit di hati mereka; sengaja, suka-suka dan mempunyai niat lain apabila mereka melihat gambar itu.



2. Hujah Naqli.


Ok, sekarang kita akan tengok pulak hujah naqli, yakni hujah daripada Al- Quran dan juga Hadith.

Memang tidak saya nafikan tidak ada ayat Al-Quran ataupun hadith yang dengan terang dan jelas yang melarang dari para wanita untuk mempamerkan gambar mereka.
Hal ini memang sudah tentu, kerana pada zaman pensyariatan Islam, yakni pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. masih hidup, kamera masih lagi belum dicipta. Tetapi hujah yang akan diguna pakai adalah dengan menggunakan kaedah qias.

So let’s move on to the first hujah.

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ


“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Mengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan” (Surah An-Nur:30)


Then some of you will say,
Eh! Ibnuroslee, ape kene mengena ayat ni dengan perempuan? Kan ni ayat untuk korang, Kaum Adam.


So the anwer is, saya akan bagi contoh, ada seorang wanita ni, dia jalan kat tengah KL sambil berbogel. Dia memang cantik, mane-mane lelaki yang lalu sebelah dia, pasti akan tengok dia dua tiga kali. Dalam situasi ni, kita nak salahkan wanita itu dahulu or lelaki yang memandang itu?

Confirm! yang bersalah terlebih dahulu adalah wanita itu. Dia yang telah membuka pintu kemaksiatan itu terlebih dahulu. Berkenaan dengan lelaki yang memandang dia tu, memang die pun bersalah, tetapi itu adalah satu cerita yang lain.

Next we will move on to the next hujah, which is hujah from hadith.

“Wanita itu aurat, maka bila ia keluar rumah, setan terus memandanginya (untuk menghias-hiasinya dalam pandangan lelaki sehingga terjadilah fitnah).”
(Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih At-Tirmidzi, Al-Misykat no. 3109, dan Al-Irwa’ no. 273. Dishahihkan pula oleh Al-Imam Muqbil ibnu Hadi Al-Wadi’i rahimahullahu dalam Ash-Shahihul Musnad, 2/36)


Kemudian ada yang berkata

Eh? Biar betul Ibnuroslee. Tapi gambar kitorang mane ade dedah-dedah aurat ni. So, mesti takpe kalau kitorang letak gambar-gambar kat internet kan?


Ok, to answer this question, jom kita tengok dulu ape maksud aurat yang cuba disampaikan oleh hadith nih.

Yang namanya aurat berarti membuat malu bila terlihat orang lain hingga perlu ditutupi dan dijaga dengan baik. Karena wanita itu aurat, berarti mengundang malu bila sampai terlihat lelaki yang bukan mahramnya. (Tuhfatul Ahwadzi, Kitab Ar-Radha’, bab ke-18)

Faham? Kalau tak faham juga, jom kita tengok satu analogi.

Seorang perempuan tengah duduk kat lecture hall. Perempuan itu memakai tudung labuh, jubah, ‘stongan’, stoking, dan senang cerita memang tutup semualah. Agak-agak, ade tak lelaki yang tiba-tiba nak datang depan perempuan tu, then gi tenung muka perempuan tu lame-lame? Mesti takde kan? Lelaki tu mesti rasa malu nak buat perkara macam tu.

Tapi masalahnya sekarang, dengan berleluasanya gambar wanita seperti situasi tadi diletakkan di internet, akan menyebabkan wanita yang tadinya dah cuba tutup segala kemungkinan berlakunya fitnah terhadap dirinya dan juga orang lain, akan menjadi sia-sia? Para lelaki yang rosak hatinya dengan mudah boleh menatap wajah wanita tadi di komputer ataupun laptop mereka selama mana yang mereka mahu dan melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Jadi di sini timbul satu persoalan, tidakkah orang yang telah meletakkan gambar itu telah melanggar batas syariah yang telah cuba dibina oleh wanita tadi?

Fikir-fikirkan.

Penutup: Saya rindu...

Saya cukup rindu dengan zaman persekolahan saya dahulu, kerana pada waktu itu, budak-budak perempuan di sekolah saya, memang agak pemalu, kalau ada lelaki nak tangkap gambar mereka pun, memang mereka tak kan bagi.

Tambahan lagi pada waktu itu kamera digital masih sangat sedikit bilangan mereka yang memilikinya, menyukarkan lagi mereka-mereka yang kononnya memiliki 'lesen besar', untuk menangkap gambar perempuan sesuka hati mereka.

Oleh itu, bagi kita yang hidup di zaman ini; zaman kamera, adalah lebih baik jika
kita cuba sedaya upaya kita untuk menutup mana-mana pintu yang boleh membawa fitnah.
(Anda tahu maksud sebenar fitnah kan? Fitnah bukan sekadar tuduh-tuduh perkara yang
tidak benar sahaja, tetapi ia juga membawa maksud bencana or perkara yang buruk)

Saranan saya, jika masih ada lagi yang nak letak gambar wanita, kalau boleh biarlah atas sebab yang perlu dan penting sahaja. Seterusnya, kalau boleh pastikan gambar itu bukannya gambar ‘close-up’.
Dan sebolehnya, pastikan bukan gambar secara individu, biar ramai-ramai, so kecil sedikit gambar mereka.

Akhir kalam, ada yang mengatakan kepada saya, isu ini adalah isu khilaf. Tetapi bagi saya ini adalah berkenaan dengan akhlak, dan tiada khilaf dalam akhlak.

Yang membezakan samada seseorang itu hendak mengamalkan sesuatu perbuatan (akhlak) adalah keimanan, yakni yang lahir dari kefahaman individu itu tentang akhlak Islamiah.
---------------------------------------------------------------------------
Jadi jika anda telah membaca post saya kali ini dengan keseluruhannya, dan anda masih lagi tidak berpuas hati, dipersilakan untuk komen. Saya masih lagi seorang manusia biasa yang hanya menulis berdasarkan pengetahuan dan kefahaman yang dikurniakan oleh Allah kepada saya. Dan kerana saya adalah seorang manusia, saya sudah pasti tidak terlepas dari melakukan kesalahan.

So, sila-silalah tegur saya. :)

Wassalam~

Monday, February 15, 2010

Hati...

"Wahai orang kampung!! Mari ke sini kamu semua. Ada sesuatu yang sangat indah
dan menawan yang hendak aku tunjukkan kepada kamu semua!"

Seorang pemuda berdiri di tengah kota dan dan menyatakan bahwa dialah pemilik hati yang terindah yang ada di kota itu. Ramai orang kemudian berkumpul dan mereka semua mengagumi hati pemuda itu, kerana memang benar, hati pemuda itu memang benar sempurna. Tidak ada satu cacat atau goresan sedikitpun di hati pemuda itu. Pemuda itu sangat bangga dan mulai menyombongkan hatinya yang indah.



Tiba-tiba, seorang lelaki tua keluar dari kerumunan, tampil ke depan dan berkata,

“Mengapa hatimu masih belum seindah hatiku?”



Semua orang dan pemuda itu melihat pada hati pak tua itu. Hati pak tua itu berdegup dengan kuatnya, namun penuh dengan bekas luka, dimana ada bekas potongan hati yang diambil dan ada potongan yang lain ditempatkan di situ. Namun tidak benar-benar tepat pada posisi asalnya dan ada sisi-sisi potongan yang tidak rata.


Bahkan, ada bagian-bagian yang berlubang kerana dicungkil dan tidak ditutup kembali. Semua orang termasuk pemuda tadi itu tercengang dan hairan, bagaimana mungkin pak tua itu mengatakan bahawa hatinya lebih indah?

Pemuda itu melihat kepada pak tua itu, memperhatikan hati yang dimilikinya dan tertawa.

“Anda pasti bergurau, pak tua,” katanya.

“Bandingkan hatimu dengan hatiku, hatiku sangatlah sempurna sedangkan hatimu tak lebih dari kumpulan bekas luka dan carikan,” katanya lagi.

“Ya,” kata pak tua itu. Sambungnya lagi,

“Hatimu kelihatan sangat sempurna meskipun begitu aku tak akan menukar hatiku dengan hatimu. Lihatlah, setiap bekas luka ini adalah tanda dari orang-orang yang kepadanya kuberikan kasihku, aku menyobek sebagian dari hatiku untuk kuberikan kepada mereka, dan seringkali mereka juga memberikan sesobek hati mereka untuk menutup kembali sobekan yang kuberikan. Namun karena setiap sobekan itu tidaklah sama, ada bagian-bagian yang kasar, yang sangat aku hargai, kerana itu mengingatkanku akan cinta kasih yang telah bersama-sama kami berikan.

Adakalanya, aku memberikan potongan hatiku begitu saja dan orang yang kuberi itu tidak membalas dengan memberikan potongan hatinya. Hal itulah yang meninggalkan lubang-lubang sobekan – memberikan cinta kasih adalah suatu kesempatan. Meskipun bekas cabikan itu menyakitkan, mereka tetap terbuka, hal itu mengingatkanku akan cinta kasihku pada orang-orang itu, dan aku berharap, suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lubang-lubang itu.

Sekarang, tahukah engkau keindahan hati yang sesungguhnya itu?” soal pak tua itu.

Pemuda itu berdiri membisu dan airmata mulai mengalir di pipinya. Dia berjalan ke arah pak tua itu, menggapai hatinya yang begitu muda dan indah, dan merobeknya sepotong. Pemuda itu memberikan robekan hatinya kepada pak tua dengan tangan-tangan yang gemetar.

Pak tua itu menerima pemberian itu, menaruhnya di hatinya dan kemudian mengambil sesobek dari hatinya yang sudah amat tua dan penuh luka, kemudian menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu. Sobekan itu diisi, tetapi tidak sempurna, kerana ada sisi-sisi yang tidak sama rata.

Pemuda itu melihat kedalam hatinya, yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, kerana cinta kasih dari pak tua itu telah mengalir ke dalamnya.

----------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana dengan Hati anda?

"Ya Muqollibal quluub, thabbit qulubana 'ala dinika wa'ala to'atika"
"Wahai Yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu dan juga di atas ketaatan kepadaMu."

Saturday, January 30, 2010

Perempuan Memang Tak Guna...!

I believe that, the first time you see the title of this post, you will feel like "Wat da....can I kill him now?!"

Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah anda bertenang dahulu dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat,do correct me~

1) Perempuan memang tak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.

2) Perempuan memang tak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3) Perempuan memang tak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4) Perempuan memang tak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5) Perempuan memang tak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat

6) Perempuan memang tak guna tudung tiga segi yang pendek, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya

7) Perempuan memang tak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini?.”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya

8) Perempuan memang tak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lip balm sahaja?

9)Perempuan memang tak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik. wallahu'alam...

----------------
Found this in a forum, and it seems interesting to be share...