About Me

My photo
Bismillah. Ordinary man, I am. Selalu MENGHARAP agar diri ini sentiasa mendapat kefahaman yang lebih dalam semua perkara, as only by that I could increase my level of Iman. Selalu MENGHARAP untuk menjadi "a man of His and his words", whatever I said, is what He said and what I'll do. Never lose hope. Keep on HOPING.

Tuesday, April 19, 2011

Aurat lelaki?

Assalamu'alaikum.
I've got a comment saying that
I kept on talking and reminding
about woman's aurah.
"What about the man?" says them.

So then, here it is,
for the man.

Anda selalu berkobar-kobar
melaungkan mahu isteri yang solehah,
memakai tudung dan menutup
aurat dengan sempurna.

Kata anda,
'Oh, perempuan itu perempuan murahan,
pakai baju ketat-ketat,
pakai seluar sendat-sendat,
minyak wangi bau menyengat-nyengat,
pakai make-up dari muka putih jadi coklat,
maka dia bukanlah calon isteri
yang sesuai bagi saya yang kononnya
sebaik malaikat.

Tapi! Tak malukah anda kaum lelaki?
Duduk di rumah pun tak tutup aurat,
ada hati nak isteri yang menutup aurat?
Tak malu?!

Apa persamaan wanita yang tidak memakai tudung
di luar rumah,
dengan lelaki yang tidak menutup aurat walaupun
di hadapan rakan-rakan dan keluarga?
Persamaannya, dua-dua tak menutup aurat!

Aurat anda adalah semudah-mudah
yang ditetapkan Allah,
dari paras pusat hingga ke lutut.

Itupun anda masih lagi nak menunjuk-nunjuk
pusat,
dan menayang-nayang kepala lutut?
Tak malu?!

Bila disuruh tutup aurat,
kata anda,
"Seluar aku memang pendek..",
"Aku takde la tuala yang lagi besar..",
"Panas la nak pakai seluar panjang malam-malam..".

Anda ingat arahan menutup aurat ni arahan manusia?

We are not talking about an order from a 5-year old child,
but we are talking about the order from ALLAH!,
our God!

Anda tahu jawapannya,
tapi kenapa masih melakukannya?

Jadi layakkah anda untuk mendapat
isteri yang menutup aurat dengan sempurna,
bila anda sendiri tidak menutup aurat
juga dengan sempurna?!

Fikir-fikirkan.(dan amal-amalkan!)

Wallahua'lam.

Thursday, April 7, 2011