About Me

My photo
Bismillah. Ordinary man, I am. Selalu MENGHARAP agar diri ini sentiasa mendapat kefahaman yang lebih dalam semua perkara, as only by that I could increase my level of Iman. Selalu MENGHARAP untuk menjadi "a man of His and his words", whatever I said, is what He said and what I'll do. Never lose hope. Keep on HOPING.

Tuesday, April 19, 2011

Aurat lelaki?

Assalamu'alaikum.
I've got a comment saying that
I kept on talking and reminding
about woman's aurah.
"What about the man?" says them.

So then, here it is,
for the man.

Anda selalu berkobar-kobar
melaungkan mahu isteri yang solehah,
memakai tudung dan menutup
aurat dengan sempurna.

Kata anda,
'Oh, perempuan itu perempuan murahan,
pakai baju ketat-ketat,
pakai seluar sendat-sendat,
minyak wangi bau menyengat-nyengat,
pakai make-up dari muka putih jadi coklat,
maka dia bukanlah calon isteri
yang sesuai bagi saya yang kononnya
sebaik malaikat.

Tapi! Tak malukah anda kaum lelaki?
Duduk di rumah pun tak tutup aurat,
ada hati nak isteri yang menutup aurat?
Tak malu?!

Apa persamaan wanita yang tidak memakai tudung
di luar rumah,
dengan lelaki yang tidak menutup aurat walaupun
di hadapan rakan-rakan dan keluarga?
Persamaannya, dua-dua tak menutup aurat!

Aurat anda adalah semudah-mudah
yang ditetapkan Allah,
dari paras pusat hingga ke lutut.

Itupun anda masih lagi nak menunjuk-nunjuk
pusat,
dan menayang-nayang kepala lutut?
Tak malu?!

Bila disuruh tutup aurat,
kata anda,
"Seluar aku memang pendek..",
"Aku takde la tuala yang lagi besar..",
"Panas la nak pakai seluar panjang malam-malam..".

Anda ingat arahan menutup aurat ni arahan manusia?

We are not talking about an order from a 5-year old child,
but we are talking about the order from ALLAH!,
our God!

Anda tahu jawapannya,
tapi kenapa masih melakukannya?

Jadi layakkah anda untuk mendapat
isteri yang menutup aurat dengan sempurna,
bila anda sendiri tidak menutup aurat
juga dengan sempurna?!

Fikir-fikirkan.(dan amal-amalkan!)

Wallahua'lam.

6 comments:

SahabatNajmee said...

Assalamualaikum..
adakah anda yakin aurat lelaki dari pusat sehingga lutut?
ayuh kita periksa perbezaan pendapat bersama-sama..
WaAllahuAlam

ibnuroslee said...

It'll be an honour to me if you don't mind to share your knowledge SahabatNajmee?

I'll be happy to hear your dalil. :D

Najmee said...

Berkenaan dengan bab aurat,
saya tahu terdapatnya dua pandangan
ulama.

Bab peha;
(1) Adalah bukan aurat berdasarkan beberapa hadis yang kuat dan sahih.

(2) Adalah aurat berdasarkan juga hadis, tetapi yang mengandungi shaz di dalamnya.

Tapi pendapat jumhur ulama'(BUKAN ijma') mengatakan peha sehingga lutut itu adalah aurat atas dasar untuk berhati-hati.

Bagi saya, saya lebih cenderung untuk mengambil pendapat jumhur ulama', kerana berdasarkan keadaan dan suasana sekarang ini, kebanyakan orang yang mendedahkan lutut (dan menampakkan peha) juga tidak mengambil berat tentang aurat pusat mereka yang mana para ulama sepakat mengatakannya adalah aurat.

TETAPI, bagi SahabatNajmee, saya menghormati pandangan anda sekiranya untuk tetap berpegang dengan pendapat yang pertama.

Wallahua'lam.

SahabatNajmee said...

maafkn sy, tetapi sy hanya melontarkan persoalan dan perbincangan dgn harapan satu keping puzzle diletakkan bersama.
Oleh itu sekiranya kedua pendapat diraiikan bersama, insyaAllah orang yang melihat dan orang yang memakai akan memainkan peranan bersama.
ayuh kita terus mengkaji dan mendalami ilmu fiqh bersama.
p/s: Saya menghormati pandangan sahabat saya ini sekiranya untuk berpegang dengan pendapat pertama dan kedua.

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT