About Me

My photo
Bismillah. Ordinary man, I am. Selalu MENGHARAP agar diri ini sentiasa mendapat kefahaman yang lebih dalam semua perkara, as only by that I could increase my level of Iman. Selalu MENGHARAP untuk menjadi "a man of His and his words", whatever I said, is what He said and what I'll do. Never lose hope. Keep on HOPING.

Saturday, April 10, 2010

Kamu ini, mengambil teguran itu bagaimana ha?

Perkongsian: Kamu ini, mengambil teguran itu bagaimana ha?
Apr 6th, 2010

Bila satu teguran keluar, akan ada tiga jenis kumpulan.

Pertama, kumpulan yang akan menerima teguran itu. Kalau mereka berada bukan di tempat pesalah pun, mereka akan mendengar teguran itu dan mengambil khasiatnya.

Kedua, kumpulan yang tak kisah langsung. Macam tak dapat teguran sahaja gayanya. Dia tak peduli pun teguran-teguran ini.

Ketiga, kumpulan yang akan membaling teguran tu ke arah lain dan menyalahkan si penegur pula. Contoh, teguran diberikan kepada pengawas, kemudian pengawas berkata: “Ala, pelajar biasa tu lagi teruk. Kenapa tak tegur mereka dahulu?”

Saya sekarang ini fokus kepada kumpulan ketiga.

Kamu ini, mengambil teguran itu bagaimana ha?


Peringatan itu baik untuk orang mu’min

Allah SWT menggesa orang-orang yang beriman untuk sentiasa menyebarkan peringatan. Tidak kira dalam bentuk apa sekali pun selagi mana caranya masih berada di dalam lingkungan syara’.

Allah SWT berfirman: “Dan berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang yang beriman” Surah Adz-Dzariyat ayat 55.

Maka sebagai orang yang beriman, sepatutnya dia terbuka dengan teguran. Memandang kepada teguran itu sebagai satu penambah baikan untuk dirinya. Walaupun teguran itu mungkin bukan menuju kepada dirinya. Tambah pula kalau tepat menuju kepada dirinya.

Jika kita orang yang beriman, setiap teguran pasti mempunyai manfaatnya.

Bila teguran datang…

Bila teguran datang, muncul menyentuh diri kita, maka hendaklah kita bertenang dan melihat teguran itu. Memandang teguran itu pertama sekali pada diri kita. Apakah benar teguran yang dilontarkan? Jika benar bagaimanakah yang sepatutnya kita lakukan? Buat bodoh? Nak terasa? Atau menerima teguran dengan rendah hati dan bergerak melakukan perubahan?

Kita memilih untuk membuktikan keimanan kita. Jika kita beriman, teguran itu akan menjadi satu manfaat kepada kita.

Kalau teguran itu bukan untuk kita, tidak terkena pun pada kita, orang yang tegur tu salah ‘parking’ pula tegurannya pada kita. Maka apakah yang patut kita lakukan? Adakah buat bodoh? Melenting? Hentam-hentam penegur? Atau kita akan mengambil manfaat daripada teguran yang silap ‘parking’ itu?

Kita memilih untuk membuktikan keimanan kita. Jika kita beriman, maka teguran itu walaupun salah ‘parking’, ia semestinya masih memberikan manfaat kepada kita.

Percayalah, Allah tak akan biar si penegur itu salah ‘parking’ tegurannya pada kita sia-sia sahaja. Mesti ada hikmahnya yang mendalam.

Kenapa kamu lontar teguran itu pada arah lain?

Kes 1: Isu Niqab.

Saya pernah menulis isu Niqab di dalam website ini. Dan komennya sangatlah banyak. Dan tak kurang juga pemakai-pemakai niqab yang memarahi saya kerana saya dikatakan anti-Niqab, tak tahu perasaan orang yang pakai Niqab, dan hanya tahu nak tegur orang berniqab sahaja.

Jadi adalah antara komen-komennya berbunyi: “Orang lain ada yang tak pakai tudung pun. Tegurlah diorang tu dulu. Tu lagi besar”

Saya tersengih sahaja dengan jawapan sebegitu. Ya, lontarkan teguran kepada yang lain. Itulah yang kita buat bila ada teguran datang menyentuh kita, dalam keadaan kita rasa diri kita ‘lebih bagus’ dari orang lain.

Persoalan pertama, apakah saya tidak menegur yang tak tutup aurat? Saya tegur. Jadi apa salahnya saya nak tegur pemakai Niqab juga? Persoalan kedua, kenapa saya tegur pemakai niqab? Jawapannya mudah: Pemakai Niqab adalah ikon kepada masyarakat dalam hal menutup aurat, bahkan boleh menjadi ‘penarik’ kepada orang yang tutup aurat mula menutup aurat.

Tetapi kalau pemakai niqab rosak, maka ia akan bertukar menjadi ‘penghadang’ kepada mereka yang hendak menutup aurat. Mereka akan kata begini: “Ala, yang pakai niqab pun perangai gedik aja” Nampak?

Sebab itu, bila teguran sampai kepada pemakai Niqab, kenapa dilontarkan pula teguran itu pada yang tidak tutup aurat langsung? Yang tidak tutup aurat itu ada la tegurannya untuk mereka. Teguran untuk pemakai niqab memang untuk pemakai niqab sahaja. Tidakkah kamu mampu mengambil manfaat dari teguran itu?

Kes 2: Isu Bapa tak adil.

Saya pernah menulis cerpen Arnav dan Agoni yang mengisahkan sikap buruk seorang Bapa yang menyebabkan anaknya terseksa dengan teruk sekali dari segi mental dan jiwa.

Ini hakikatnya adalah teguran halus saya kepada bapa-bapa agar tidak hanya pandai berselindung di sebalik autoriti yang Allah berikan kepada mereka. Ia adalah peringatan, mengingatkan bapa-bapa bahawa mereka juga akan dihitung atas perbuatan mereka. Mereka tidak suci. Perbuatan mereka juga dihitung.

Tetapi bila saya menulis cerita ini, ada la beberapa suara berkata kepada saya: “Si anaklah sebenarnya yang patut begini, si anaklah yang sepatutnya begitu”

Saya tak nafikan Si Anak sepatutnya buat begini dan begitu itu sebagaimana yang suara-suara itu suarakan. Tetapi tidakkah orang melihat saya sedang menulis untuk ditujukan kepada siapa?

Kepada bapa. Justeru, kenapa hendak dibaling teguran itu kepada anak? Adakah saya tidak pernah menegur anak-anak? Kenapa mesti ada suara yang melontarkan, mengarahkan teguran itu ke arah yang lain pula?

Hairan. Lainlah penulisan itu tajuknya ‘Anak Derhaka’ tapi yang saya tegur adalah bapanya.

Dan orang berkata kepada saya, kenapa beri teguran kepada kaum Bapa?

Mudah. Bapa adalah guru pertama di dunia ini kepada anak-anak. Seorang bapa perlu tahu bahawa autoriti yang Allah berikan kepadanya bukanlah untuk digunakan atas nafsu amarah. Dalam mendidik anak ada seninya. Dan seorang bapa perlu faham bahawa dia akan dipertanggungjawabkan atas apa-apa yang dia lakukan kepada anak-anaknya di akhirat kelak. Bapa perlu sedar bahawa kesilapan mereka dalam membesarkan anak-anak mereka, membuatkan mereka mempunyai ‘saham’ atas keterpesongan, kerosakan, kehancuran anak-anak mereka di masa hadapan.

Dua ini hanya contoh. Ditambah dengan satu contoh umum macam di permulaan tadi: Guru menegur pengawas, kemudian pengawas menjawab: “Ala, budak biasa tu lagi teruk. Kenapa tegur kami? Tegurlah mereka”

Iya. Apa salahnya kamu yang nampak lebih bagus itu ditegur. Peniqab ikon kepada yang tidak tutup aurat. Bapa adalah ikon kepada anak-anak. Pengawas adalah ikon kepada pelajar biasa. Kenapa pula kamu sebagai ikon tidak boleh menerima teguran, sedangkan Allah juga menegur Rasul dan Nabi yang menjadi ikon, qudwah kepada ummat? Kenapa Allah menegur Rasul dan Nabi-Nya? Kerana Allah nak ummat mencontohi mereka dengan sebaiknya.

Tiga situasi ini, boleh mewakili banyak situasi dalam kehidupan kita.

Kalau kita hanya pandai membaling teguran yang diberikan kepada kita ke arah orang lain, bagaimana agaknya kita mengambil pengajaran dengan efektif?

Penutup: Kita terbuka dengan teguran. Kalau bukan, rilek-rilek sudeh

Bila orang menegur, kita lihat dulu tegurannya. Memang bukan semua teguran kita terima. Tapi tak perlu kita bising pun kalau tegura itu bukan patutnya diberikan pada kita. Mungkin kalau kita ni ditegur jangan mencuri sedangkan kita tidak mencuri, dan teguran sebagai pencuri itu boleh menjatuhkan maruah kita, bolehlah kita bangun dan berkata: “Enta dah silap ni kut, ana tak mencuri. Tapi teguran enta tu baguslah”

Apa salahnya? Tapi kalau tak bersangkut paut dengan maruah, kalau tersilap pun apa kurangnya kita diamkan dan mengambil manfaat?

Tambahan kalau teguran itu memang kena pada batang hidung kita.

Kenapa pula hendak menghalakan teguran itu, membaling teguran itu pada orang lain pula?

Bagaimana agaknya kita hendak mengambil pengajaran?
-----------------------------------------------------------------------
directly copied from this link;
http://ms.langitilahi.com/perkongsian-kamu-ini-mengambil-teguran-itu-bagaimana-ha/

2 comments:

diJat said...

thanks 4 da post..
wanna share smthg wit u..
after read all dis, i admit myself kind of kumpln 3 i think..
but after read all dis, wanna b kumpln 1..i hope..never lose hope??isn't it?and lpas someone tgur kt buat kali kedua..i think.he's trying to change me to b a gud one...but i didn't realise it after i read ur post...tq

Najmee said...

Salam.

First and foremost,
Thanks to Allah
for Him giving you the chance to
at least read this post.
Secondly,
Don't thank me, coz it wasn't
me the one who wrote it.
So, maybe the right person for
you to thank is the original
writer (by which I've posted the link )
Finally, Alhamdulillah for all
His bless (which come in so many ways; understanding, happiness, etc).

Wassalam.